bertolak-ansur | bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertolak | pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertolak-tolakan | saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak-tolak | Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak punggung | berangkat pergi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak pinggang | Jk bercekak pinggang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak belakang (dgn) | berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak ansur | saling menuruti (memberi), berkompromi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak | 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. bermula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, berpangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolak-ansur | bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar |