topeng | (topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok; 2. penutup muka (supaya jangan dikenali dll); 3. = main ~ sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun; bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok; bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng, memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung; menopeng bermain topeng; menopengi 1. memberi (menjadikan) ber-topeng; 2. ki menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |