tualang | tidak tentu tempat tinggalnya; tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap. bertualang 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). 2 berbuat sesuatu dgn tidak jujur; menipu. petualang 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba mengĀhalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertualang | 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). 2 berbuat sesuatu dgn tidak jujur; menipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertualang | 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petualangan | 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergelandangan | 1. berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan: tindakan patut diambil utk mengawal orang-orang muda yg ~ di jalan-jalan raya; 2. ki merana: di sinilah letaknya harapan yg bakal memberi sinar pd hatinya yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membatak | 1. mengembara, bertualang; 2. merompak, menyamun, merampas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batak I | sl pengembara, nomad;membatak 1. mengembara, bertualang; 2. merompak, menyamun, merampas;pembatak penyamun, perompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertualang | 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). | Kamus Pelajar |
gelandang I | Id; bergelandangan 1. berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan: tindakan patut diambil utk mengawal orang-orang muda yg ~ di jalan-jalan raya; 2. ki merana: di sinilah letaknya harapan yg bakal memberi sinar pd hatinya yg ~;gelandangan 1. = orang ~ orang yg pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap; 2. tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya: seorang intelektual, yg menggunakan bahasa Indonesia, yg hidup secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |