bertulis | mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertulis tangan | disurat dgn tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertulis | ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahifah | Ar lembaran yg bertulis, muka surat (buku dll), naskhah bertulis, dokumen; suhuf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
libel | (Udg) kenyataan bertulis, gambar, dsb yg mencemarkan nama seseorang, fitnah bertulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikrofilem | filem utk mengambil gambar atau merakamkan bahan bertulis dlm saiz yg kecil: akhbar ini sebahagiannya terdapat dlm bentuk ~; memikrofilem(kan) merakamkan (menyimpan) bahan bertulis dlm bentuk mikrofilem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zeroks | (zéroks) proses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik; mesin ~ mesin yg digunakan utk membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi; salinan ~ salinan foto, fotokopi; menzeroks membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerjakerja grafik dgn menggunakan mesin zeroks (mesin fotokopi): ~ beberapa makalah dlm majalah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulis | ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (mengarang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu bertulis | batu tulis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu bertulis | batu bersurat, prasasti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |