bertumbuk-tumbukan | saling memukul dgn tinju; saling meninju: Kedua-dua ahli tinju itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertumbuk | 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertumbuk-tumbukan | saling memukul dgn tinju; saling meninju: Kedua-dua ahli tinju itu ~. | Kamus Pelajar |
bertumbuk | 2 dikupas atau dihancurkan dgn tumbuk; ditumbuk (tidak dikisar atau tidak digiling): Padi itu sudah ~. | Kamus Pelajar |
bertumbuk | 1 berkelahi dsb dgn meninju; bertinju: Budak dua beradik itu selalu ~. | Kamus Pelajar |
debak | bunyi spt bunyi orang bertumbuk (barang jatuh dsb); ~ debuk bunyi debak berkali-kali (spt orang bertumbuk, buah-buahan atau barang-barang jatuh dsb); ® debuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepak II | bunyi spt bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dll); ~-lepuk bunyi lepak yg berulang-ulang (buah yg gugur, orang bertumbuk, dll); melepak bp memukul (dgn telapak tangan): kali ini dia ~ pahanya yg digigit nyamuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertinju | bertumbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhentam | bertumbuk; berkelahi; bertinju | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertinju | bertumbuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |