bertutur | bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertutur-tutur | bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertutur | bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertutur | bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Malaysia dgn fasihnya. | Kamus Pelajar |
tutur | apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 mengucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. pertuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasih | 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa pasar | a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa (kacuk-) kacukan | a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dwibahasa | 1 ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: Majalah ‘Readers’ Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya. 2 boleh bertutur dlm dua bahasa dgn baik: Kebanyakan orang Malaysia ~. mendwibahasakan membuat, menyusun atau menghasilkan sesuatu terbitan (buku, majalah dsb) dlm dua bahasa: Usaha sedang dijalankan utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan. kedwibahasaan 1 sifat atau keadaan wujud dlm dwibahasa: ~nyalah yg menyebabkan kamus tsb laris dijual. 2 sifat atau keadaan dpt bertutur dlm dua bahasa dgn baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keleseh-peseh | bertutur dlm bahasa Belanda: banyak anak gadis yg lepas sekolah, pandai ~-peseh; kareseh, keresepese. | Kamus Dewan Edisi Keempat |