berudu | anak katak yg masih menyerupai ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berudu | bermusuhan, berseteru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berudu | larva katak atau kodok yg mempunyai badan yg bulat, panjang ekornya, dan insang luar; ~ besar di kubangan, buaya besar di lautan prb tiap-tiap orang besar di tempatnya; kerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan prb tiada berdaya mencapai yg dicita-citakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berudu | anak katak yg masih menyerupai ikan. | Kamus Pelajar |
cebong (cébong) | Jw berudu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udu I | musuh, seteru; berudu bermusuhan, berseteru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerundang | anak katak (spt ikan), berudu; ~ tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang lain; gedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metamorfosis | /métamorfosis/ ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak atau drpd beluncas menjadi kupu-kupu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
metamorfosis | ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak, drpd beluncas menjadi kupu-kupu dll). | Kamus Pelajar |
insang | organ pernafasan pd kebanyakan binatang yg hidup dlm air (spt ikan, udang, dll): ada binatang mamalia yg hidup dlm air yg tidak bernafas dgn ~; dgn menggunakan ~ berudu menyerap oksigen dr dlm air; ~ pari sj jahitan utk mengemaskan tepi kain (tanpa membuat kelim); berinsang memakai (mempunyai) insang; asal ~ ikanlah prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaan (makanan, perempuan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |