berumpankan | menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umpan | 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? | Kamus Dewan Edisi Keempat |