unggun | 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api; berunggun 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya bertimbun-timbun, me-longgokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan dibakar; unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun: beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di ke-liling ~ api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unggun | , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berunggun | 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berunggun | 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berunggun | 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. | Kamus Pelajar |