berwatak | berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berwatak | mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwatak | berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. | Kamus Pelajar |
watak | berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. | Kamus Pelajar |
watak | 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wiraswasta | orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim yg terikat dgn norma dan etika agamanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
watak | 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |