gendak | Jw perempuan belaan, gundik; bergendak, bergendakan bersuka-sukaan (dgn perempuan), berzina; menggendaki berzina dgn; ®kendak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zina | persetubuhan yg dilakukan secara haram (tanpa nikah). berzina melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. perzinaan perbuatan atau hal berzina. penzina orang yg berzina. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zina | persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg berzina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berzina | melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berzina | melakukan zina, berbuat zina, bermukah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukah | 1 persetubuhan secara haram; zina. 2 teman berzina. bermukah melakukan persetubuhan secara haram; berzina; berkendak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendak | lelaki atau perempuan yg dijadikan teman berzina (atau teman bersekedudukan di luar nikah); berkendak bermukah, berzina: maka Hang Tuah pun dibuatkan orang fitnah dikatakan ia ~ dgn seorang dayang raja; memperkendak, memperkendaki menjadikan kendak, mengajak berkendak: maka gundik raja yg diperkendak oleh Hang Kasturi itu dilihat oleh Hang Tuah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendak | orang laki-laki atau perempuan yg dijadikan teman berzina. berkendak bersetubuh secara haram (tanpa nikah) dgn kendak; berzina dgn kendak. memperkendak menjadikan sbg kendak; mengajak berkendak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendak | orang laki-laki atau perempuan yg dijadikan teman berzina. berkendak bersetubuh secara haram (di luar nikah) dgn kendak; berzina dgn kendak. memperkendak menjadikan sbg kendak; mengajak berkendak. | Kamus Pelajar |
mukah | 1 persetubuhan secara haram; zina. 2 teman berzina. bermukah melakukan persetubuhan secara haram; berzina; berkendak. | Kamus Pelajar |