Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar perut;

Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
besar peruta. kuat makan. b. mengandung atau hamil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
besar peruta) gelojoh, pelahap; b) hamil;Kamus Dewan Edisi Keempat
buncitbesar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buncitbesar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimana caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak.Kamus Pelajar
buncit1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bayak1. terlalu besar atau gemuk (tetapi kurang tinggi); 2. besar perut, boyot;kebayakan perihal bayak (gemuk dan kurang tinggi), besarnya (perut), buncitnya (perut).Kamus Dewan Edisi Keempat
usustali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda.Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
isi peruta) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati);Kamus Dewan Edisi Keempat
babat1 perut besar pd binatang spt lembu, kerbau dsb. 2 perut lembu, kerbau dsb yg biasa dimakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas