Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besarnya

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
luas1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaliber1. besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru; 2. kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll: yg menentukan kalah menangnya parti itu dlm pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yg bertanding; berkaliber mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawan-wartawan yg ~ lagi bertanggungjawab.Kamus Dewan Edisi Keempat
padan1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 2 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padan1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 3 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita.Kamus Pelajar
kecil1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaan­nya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; ~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb penge­tahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak pen­ting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil; kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara be­sar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecil­kan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyata­kan kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
saizbesarnya (kasut, baju, dll), ukuran besar (se-suatu); bersaiz dgn saiz: dua keping gambar ~ poskad.Kamus Dewan Edisi Keempat
magnitudbesarnya, pentingnya, atau banyak­nya sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
magnitudist besarnya atau banyaknya; saiz: Halaju mempunyai arah dan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seukur1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai;Kamus Dewan Edisi Keempat
setara1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas