tuang I | ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicairkan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelasnya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok kekacauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendeknya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubal II | bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
besi berani | besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gubal II | bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubal besi | bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gubal besi | bongkah besi (besi yg belum ditempa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besi | 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempa | besi ~ besi yg dapat dibentuk (tidak berapa keras); keris ~ Melaka keris buatan Melaka; menempa 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; tempaan 1. yg ditempa, buatan (pisau, keris, dll): emas ~; keris ~ Melaka; 2. ki sifat asli (drpd sesuatu), bentuk, potongan; penempaan perbuatan (kerja dsb) menempa: pembentukan atau ~ tembikar dibuat dgn gaya bebas; penempa orang yg menempa, tukang besi, tukang membuat keris (parang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubal II | bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. | Kamus Pelajar |
galvani | ; besi ~ besi yg disalut dgn lapisan zink supaya tahan karat; menggalvani menyalut besi (keluli dsb) dgn lapisan zink utk melindunginya drpd berkarat: proses ~ kepingan besi;penggalvanian proses atau perbuatan menggalvani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |