pengujian beta(beta testing) | Kaedah menguji perkakasan atau perisian baru oleh pengguna biasa yang terpilih untuk mencari sebarang kecacatan pada barangan tersebut sebelum diedarkan kepada orang awam. | Kamus Komputer |
beta | /béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beta | /béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja. | Kamus Pelajar |
beta I | (béta) kata ganti diri pertama utk raja; sahabat ~ sahabat hamba, tuan hamba;berbeta menggunakan beta (kalau bercakap dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beta II | (béta) huruf kedua dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol B, â. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperlaki | mengambil jadi laki: perkelahian berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbetul | ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyumpah | 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanggar | 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinaran | pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |