Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia/] | بياق

Definisi : menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : sj tumbuhan, ketum, Mitragyna speciosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : Mn basah;membiaki membasahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : banyak kerana sentiasa bertambah (biasanya utk binatang atau tumbuh-tumbuhan); banyak kerana anaknya beranak pula dan seterusnya: Mereka bekerja memelihara tiram supaya hidup ~ sepanjang masa. membiak bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. membiakkan memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. pembiakan perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). pembiak orang yg membiakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biak

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
baik biak; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). mengembangbiakkan membiakkan supaya menjadi banyak; menjadikan berkembang biak. perkembangbiakan hal atau kejadian berkembang biak; pengembangbiakan hal atau proses mengembangbiakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak: kuman-kuman jenis ini sangat mudah ~; mengembangbiakkan menjadikan berkem­bang biak.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). pembaikbiakan perihal atau perbuatan membaik biak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baik biakmembaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan).Kamus Pelajar
pemamah; ~ biak binatang yg memamah biak (lembu dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
membiakkanmemelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membiakkanmemelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi.Kamus Pelajar
biak baka; membiak baka membiakkan baka hasil kacukan antara dua jenis yg ada persamaannya (bkn binatang atau tanaman). pembiakbakaan proses atau perbuatan membiak baka. pembiak baka orang yg membiak baka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biak baka; pembiakbakaan (Bio) pengacukan haiwan atau tumbuhan utk tujuan tertentu (biasanya utk menghasilkan baka yg lebih baik); ~ dalam penghasilan anak dgn mengacukkan individu-individu yg mempunyai hubungan keluarga yg rapat; ~ luar pengacukan haiwan atau tumbuhan dgn mengacukkan individu-individu yg tidak mempunyai hubungan keluarga yg rapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas