biar | 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
munasabah | 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian, kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh akal; memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear; kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil): ~ matlamat, ancaman, dan ugutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumang-menumang | 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecok | (lécok) 1. licin sekali: berminyak biar ~; 2. tergeliat, salah urat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumang-menumangkan | 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alang I | 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, sederhana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; saudara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau; alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; ~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biar | 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berminyak | 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biar | 1. jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2. lebih baik; lebih elok:~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3. kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1. memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2. tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar |
serampang I | 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang | Kamus Dewan Edisi Keempat |