biarlah | tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampar I | pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tamparan: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorak I | = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan; biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti); bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; menyoraki bersorak kpd (utk memberangsang, mengejek, dll), bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya; menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ mereka masih berlanjut-lanjut; penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggaringkan | menjadikan garing: biarlah ikan itu digoreng lama sedikit utk ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
remak | sl lebih baik, biarlah: ~lah aku mati drpd berkhianat kpd kawanku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggurlah | sl lebih baik (drpd), biarlah: jika begitu rupanya Galuh Daha ini, ~ tiada beristeri seumur hidupku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjodohi | menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angur | Jw, sl lebih baik ... (drpd), biarlah, remaklah: ~lah beta mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beradik | 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayuran | ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |