Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : sl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(1000)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pias Iark 1. bidang-bidang tikar mengkuang dll yg dijahit menjadi layar; 2. lajur, jalur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menerokaimenjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
faqihAr orang yg ahli dlm ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pegawai daerahpegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu);Kamus Dewan Edisi Keempat
persekutuan2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu.Kamus Pelajar
sekutu2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu.Kamus Pelajar
per­sekutuan1 persatuan beberapa orang dll utk tujuan atau utk kepentingan yg sama. 2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
subbidangbidang kecil drpd bidang induk: geomorfologi adalah ~ kpd bidang geografi; rancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah dlm pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
subbidangbidang kecil drpd bidang induk: Usaha utk membentuk istilah dlm pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan telah dimulakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penceburanperihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan: bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dgn ~ para cendekiawan pd masa itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas