dada | bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bidang | 1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pias I | ark 1. bidang-bidang tikar mengkuang dll yg dijahit menjadi layar; 2. lajur, jalur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punya | 1. = mempunyai menaruh, ada, memiliki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilihmilih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengempunyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
portfolio | 1 bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri: Menteri Tak Ber~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawabnya. 2 bekas mudah alih, berupa beg yg agak besar, nipis dan leper utk diisi kertas, dokumen, lukisan dsb. 3 keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
latar | 1 bidang; permukaan. 2 rata; datar. 3 dasar atau tanah (warna kain dll). 4 halaman rumah. ~ belakang a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
portfolio | 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat; 3. (S.Lukis) bekas mudah alih utk membawa kertas, dokumen, lukisan dsb; berportfolio memegang atau mempunyai portfolio: kepelbagaian pasaran modal menarik portfolio pelaburan yg kukuh serta menarik perhatian pelabur ~; Menteri Tak B~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sektor | /séktor/ 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan: Menjelang tahun 1990, kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan. 2 bahagian dlm bulatan yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. 3 bahagian (daerah) pertempuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konteks(context) | 1. Bidang atau ruang pengaruh bagi maklumat yang ditunjukkan oleh makna ayat atau perkataan dalam maklumat tersebut. 2. Status dan sifat unsur yang berlainan mengikut keadaan dan tempat penggunaan unsur tersebut. | Kamus Komputer |
penggunaan pangkalan data(data base application) | 1. Bidang sasaran atau perkara yang telah dibentuk untuk menggunakan pangkalan data yang telah diwujudkan. 2. Perisian penggunaan yang berdasarkan pangkalan data. | Kamus Komputer |