guntak | bunyi biji-biji buah dlm cemuk yg kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daging | 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru disembelih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nabu | biji buah-buahan (spt durian, cempedak, nangka) berserta isinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nabu | biji buah-buahan (spt durian, cempedak, nangka) beserta isinya. | Kamus Pelajar |
kelereng | (keléréng) 1. biji buah lerak; 2. guli, gundu, kelici. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang IV | Mn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lotok | mudah ditanggalkan isi drpd biji (buah-buahan), lekang, longkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melencit | keluar dgn cepat atau pantas (bkn biji buah-buahan yg dipicit). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melecut | 1 memancut keluar dgn cepat (spt biji buah yg dipicit). 2 menyebat atau memukul dgn cemeti (rotan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melencit | keluar dgn cepat atau pantas (biji buah-buahan yg dipicit), terpelencit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |