meluncungkan | melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luncung II | berbentuk tirus tetapi pepat pd hujungnya; dihentak alu ~ prb dikalahkan oleh orang bodoh; meluncungkan melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirim | bp = berkirim, mengirim, mengirimkan; berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi; berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat; mengirim 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; mengirimi berkirim (mengirim, mengirimkan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; terkirim sudah dikirim (dikirimkan); kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; pengiriman perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghadapmukakan | membuat supaya berhadap-hadapan (bersemuka), mempertemukan: bila sudah dihadap muka- kan barulah mereka kenal antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadap muka | ; menghadapmukakan membuat supaya berhadap-hadapan (bersemuka), mempertemukan: bila sudah dihadap muka- kan barulah mereka kenal antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akaun | 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendang duyung | keadaan apabila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian diluruskan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tongkat I | sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semambunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanahkan membuat sesuatu dia sendiri merosakkannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjeremang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanti I | 1. waktu yg akan datang, masa kemudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adukan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendang | ; ~ cecah layang sepakan yg dibuat ketika bola yg sudah mencecah padang baru hendak melantun. ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian diluruskan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. ~ layang sepakan yg dibuat ketika bola masih melayang dan hampir mencecah padang. menendang 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. tendangan hasil perbuatan menendang; sepakan: ~nya tidak tepat. ~ bebas tendangan bola yg diberikan kpd pihak yg tidak bersalah, sbg hukuman kpd pihak yg bersalah. ~ penjuru tendangan bola dr sudut padang. ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak). penendang orang yg menendang (bola dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |