Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kipas I1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas.Kamus Dewan Edisi Keempat
purisKd, Pr lidi atau bilah-bilah yg kecil; ~ api bilah (anak-anak) mancis api; ~ nyiur lidi; purus III.Kamus Dewan Edisi Keempat
buat kambumenipu orang (dgn menyuruh ambil bilah yg terpendek dr bilah-bilah yg tidak sama panjangnya dlm genggaman).Kamus Dewan Edisi Keempat
tenggeranbilah-bilah buluh dll tempat burung bertengger (dlm sangkar dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenggeranbilah-bilah buluh dll tempat burung bertengger (dlm sangkar dsb).Kamus Pelajar
kambu Isj kepala omboh atau pemukul; buat ~ menipu orang (dgn menyuruh ambil bilah yg terpendek dr bilah-bilah yg tidak sama panjangnya dlm genggaman).Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang rusukbilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
ram IVbilah-bilah yg berpusing pd baling-baling (kipas angin dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kitiranJw bilah-bilah drpd kayu dll yg boleh berpusing (kerana ditiup angin dll), baling-baling.Kamus Dewan Edisi Keempat
kipas anginbilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas