bilang-bilang | Mn sj tumbuhan (pokok renek), gelang; rendah ~ diseluduki (disuruki), tinggi kayu ara dilangkahi prb mengerjakan sesuatu atau berhubungan dgn seseorang hendaklah sbg yg semestinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang | ; berbilang lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. membilang menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. bilangan 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. terbilang 1 dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2 termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3 terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. sebilangan jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bilang merangkap | Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang kali | setiap kali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang II | bp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang bulan | tiap-tiap bulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang | berbilang lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. membilang menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. bilangan 1. jumlah benda yg terkumpul; hitungan:Di kampung itu orang yg baik-baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2. tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3. kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. terbilang 1. dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2. termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3. terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. sebilangan jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. | Kamus Pelajar |
ara | 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang I | 1. bp hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang; tidak masuk ~ tidak masuk kira; 2. = sebilang setiap, tiap-tiap; ~ bulan tiap-tiap bulan; 3. = berbilang; berbilang 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; membilang 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; membilangkan membilang (menghitung, mengira) utk; terbilang 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;bilangan 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandai-pandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; sebilangan sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; kebilangan termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi; pembilangan perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan: ~ undi dilakukan pd sebelah petang; pembilang 1. orang yg kerjanya membilang; 2. Id bilangan yg di atas pd suatu pecahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampukan bilang sifar(zero count interrupt) | Sampukan yang akan dipicu apabila pembilang yang telah digerakkan untuk membilang turun sampai ke tahap bilangan sifar. | Kamus Komputer |