Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan;

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ratusan1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan di­kumpul­kan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjumlahkanmencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ratus Ibilangan sepuluh kali sepuluh; seratus satu ratus (100); beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati; meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = me­nyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan di­kumpul­kan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; peratus 1. = perseratus, seperatus satu di­bahagi dgn seratus ( ); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ ter­dedah; peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian me­ningkat; 2. persen.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumlah1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kata bantu bilangan(Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
jumlah1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jumlah1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2. banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada:Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur:Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1. terkumpul; telah dicampurkan. 2. termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1. sebanyak; banyaknya:Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2. sebahagian; sebilangan:~ besar sebahagian besar.Kamus Pelajar
ratusbilangan seratus-seratus: se~ bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. beratus-ratus beberapa ratus. ratusan 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. peratus drpd seratus: sepuluh ~ 10%. peratusan kadar atau bilangan mengikut peratus. seratus satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. perseratus dibahagikan dgn seratus. seperseratus satu dibahagikan dgn seratus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
puluhbilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas