bilas | ; berbilas 1 mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. 2 dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dgn air supaya bersih: Pinggan itu belum ~ lagi, baru dicuci dgn sabun. membilas membasuh bagi kali kedua atau seterusnya dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bilas II | kabur (mata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilas I | ; berbilas sudah dibilas; membilas membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian dll) utk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih: setelah tujuh kali membasuh dgn air biasa, barulah dibilas dgn air yg ditapis; bilasan perihal membilas: sewaktu menghabiskan ~ kain baju itu, fikirannya tidak aman; pembilasan proses membilas; pembilas bahan atau alat utk membilas: utk menghilangkan kotoran, cuba campurkan secamca besar cuka ke dlm tiga gayung air ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilas | berbilas mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: <i>Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian.i> membilas membasuh bagi kali yg akhir dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal. | Kamus Pelajar |
curahan | 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curah | ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |