kamar I | bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang-barang berharga; ~ bicara bilik tempat berunding; ~ bola rumah tempat bersenang-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peraduan | tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peraduan | tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peraduan | tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. | Kamus Pelajar |
berahsia | 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamar | ruang dlm rumah yg diberi bersekat; bilik. ~ baca bilik tempat membaca. ~ besi bilik berdinding besi tempat menyimpan barang-barang berharga. ~ gelap a. bilik yg bertutup rapat di penjara. b. bilik tempat mencuci gambar. ~ tamu bilik tempat menerima tetamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adu II | beradu tidur (bkn raja); peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabir | 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah muda; 2. ki sesuatu yg menutupi (melindungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perjuangannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir berbagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adu II | ; beradu tidur (digunakan utk raja-raja). peraduan tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulis | ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (mengarang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |