Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilingualisme 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bilingualisme1 pemakaian atau penggunaan dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat. 2 kefasihan bertutur dlm dua bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bilingualisme1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, kedwibahasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedwibahasaan1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
dwibahasa1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, meng­­­­­­­­­­­hasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas