bin I | 1. anak laki-laki kpd (digunakan pd nama orang): Ali ~ Abdullah; 2. bp nama bapa: sudah sahlah dia, namanya, ~nya dan tempat tinggalnya serupa betul; 3. bp utk menyatakan amat sangat (dipakai pd perkataan-perkataan yg sama ertinya): ganjil ~ ajaib; hairan ~ takjub;berbin bp memakai nama ayah (di belakang nama sendiri): nama Mat dgn tiada ~; berbinkan mempunyai (memakai) nama seseorang (ayah angkat dsb) sbg nama ayah: walaupun dia dipelihara oleh bapa angkatnya sejak kecil lagi, Ahmad masih ~ ayah kandungnya sendiri; membinkan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak lelaki: hukum ~ atau membintikan anak angkat kpd bapa angkat adalah haram di sisi Islam; ® ibnu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alias | 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2. (Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nujum | 1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pandai melihat nasib seseorang atau membuat ramalan dgn melihat bintang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampin III | 1. sj tumbuhan (pokok renek), balik angin, Mallotus berbatus; 2. sj tumbuhan (pokok), mahang, maya-maya, memoya, mempasuh, sekubin air, Mallotus floribondus; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), jarak gajah (hutan), Mallotus subpeltatus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), langi-langi buaya, merepuh, pulut-pulut bukit, setampin, Mallotus griffithianus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binti I | 1. anak perempuan kpd (digunakan pd nama orang): Aminah ~ Abdullah; 2. bp nama ayah: susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya; berbinti mempunyai binti: dia menulis namanya sahaja dgn tidak ~;berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dsb) sbg nama ayah: Fatimah ~ bapa angkatnya;membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak perempuan: setiap umat Islam yg mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dgn nama bapa kandungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derhaka | 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hairan | 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pujuk | , = pujukan kata-kata yg lemah lembut atau baik-baik utk melembutkan hati (memikat hati dll): Segala ~ dan rayunya tidak diendahkan oleh gadis itu. memujuk menuturkan kata yg manis-manis utk memikat (melembutkan hati dll): Maka Khadijah telah ~ dia supaya pergi berjumpa dgn seorang kerabatnya yg bernama Warakah bin Nufal. pemujukan perbuatan atau hal memujuk. pemujuk 1 orang yg memujuk. 2 (bersifat) pandai memujuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |