bina | ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bina | bangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bina | membina 1. membuat sesuatu bangunan spt rumah dsb supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2. mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar |
seni bina aliran data(dataflow architecture) | Seni bina komputer yang melibatkan beberapa pemproses yang bebas daripada sebarang bentuk pemprosesan siri. Setiap pemproses hanya bertugas apabila data wujud daripada pemproses lain dan berkongsi hasil pemprosesannya dengan pemproses lain apabila selesai memproses. | Kamus Komputer |
seni bina tertuju objek(object-oriented architecture) | Seni bina komputer yang mempunyai komponen seperti proses, fail, pengendalian I/O, cakera, dan lain-lain yang diwakili sebagai objek yang boleh diolah. | Kamus Komputer |
sakral | (Ant) berkaitan dgn atau utk upacara suci: unsur ~ atau magis akan menyentuh jiwa atau semangat pendukungnya; kita harus melihat bagaimana orang Barat menggunakan trans-formasi bahasa seni bina ~ kpd seni bina lain di negaranya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuding suruhan(instruction pointer) | 1. Penuding atur cara yang digunakan dalam beberapa seni bina mikropemproses. 2. Daftar yang menunjuk pada alamat ingatan yang mengandungi suruhan yang akan dilaksanakan dalam atur cara mesin. Dalam seni bina mikropemproses, penuding suruhan dan penuding atur cara ialah dua daftar yang berasingan. | Kamus Komputer |
seni bina (bangunan) | seni ttg pembuatan bangunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seni bina | = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama bina | mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |