bingkai | kayu dsb yg dipasangkan di keliling atau di tepi sesuatu benda supaya kuat atau teguh: ~ nyiru. berbingkai diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. membingkai memberi berbingkai; memasang bingkai pd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bingkai | kayu dsb yg dipasangkan di keliling atau di tepi sesuatu benda supaya kuat atau teguh: ~ nyiru. berbingkai diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. membingkai memberi berbingkai; memasang bingkai pd. | Kamus Pelajar |
bingkai | tepi sesuatu benda yg dibuat drpd kayu (rotan dll) yg dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dll) supaya kuat, simpai (roda): ~ cermin; ~ mata tepi mata; berbingkai mempunyai bingkai: pemuda yg berkaca mata putih ~ tebal; membingkaikan memberi berbingkai, memasang bingkai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkai mata | tepi mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkai penuh(full frame) | Keadaan paparan yang menunjukkan keseluruhan grafik dalam ruang paparan setelah diskalakan dengan sewajarnya. | Kamus Komputer |
bingkai halaman(page frame) | 1. Luas kawasan ingatan sebenar yang muat untuk sesuatu halaman dalam pemetaan ingatan maya. 2. Ruang yang diperuntukkan bagi menempatkan halaman dalam perisian pemprosesan kata atau perisian bentangan dokumen. | Kamus Komputer |
bikar II | bingkai, tepi: semua ~ saji diperbuat drpd rotan;berbikar mempunyai tepi (bingkai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prem | /prém/ 1 bingkai yg biasanya dibubuhi kaca tempat menyimpan gambar dll. 2 bingkai kaca mata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prem /prém/ | 1 bingkai yang biasanya dibubuhi kaca tempat menyimpan gambar dll. 2 bingkai kaca mata. | Kamus Pelajar |
ikat | 1 benda (spt tali, benang) yg digunakan utk mengebat atau memberkas: ~ kepala kain dsb yg dibebatkan di kepala; ~ pinggang tali pinggang. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas dgn tali: se~ kayu api; tiga ~ sirih. 3 bingkai drpd logam dsb utk mencengkam sesuatu supaya kemas: ~ kolam bingkai drpd batu yg dipasang di keliling kolam. berikat 1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. pihak ~ persekutuan antara Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dll ketika Perang Dunia Kedua. mengikat 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. ~ nitrogen menukarkan nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia: Tumbuh-tumbuhan jenis kekacang dpt ~ nitrogen dan menyimpannya di dlm bintil akarnya. ~ hati membuat hati jadi tertarik. ~ jamin memberi jaminan. ~ janji membuat perjanjian. ~ perang mengatur pasukan dlm peperangan. ~ perigi memasang tembok atau bingkai di keliling perigi. ~ pertunangan melangsungkan pertunangan; bertunang. ~ perut menahan diri drpd makan kerana hendak berjimat atau hendak menguruskan badan. mengikatkan membuat tali dll menjadi bersimpul atau tertambat pd sesuatu; menyimpulkan; menambatkan: ~ tali pd pancang. terikat 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. ikatan 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. perikatan 1 kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2 perihal berhubung; perhubungan; pertalian. pengikatan 1 perbuatan atau hal mengikat. 2 ist penukaran sesuatu kpd bentuk yg stabil. ~ nitrogen penukaran nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia. pengikat 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |