Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.tang.bin.ta.ngan] | بينتڠ-بينتڠن

Definisi : berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang.bin.ta.ngan] | بينتڠ-بينتڠن

Definisi : berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu,pandanganku ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang-bintangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berbintang-bintang1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu,pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang-bintanganberlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang-bintanganberpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu,pandanganku ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
nujum1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, per­bintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn me­lihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, me­ramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang I1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
rasi1. sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu per­bintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, ber­untung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintangan1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas