Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio] | بيو‌‌‌‌‌

Definisi : awalan asing berkaitan dgn benda-benda hidup, berkaitan dgn kehidupan (terutamanya manusia), mis biologi dan biografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bio-


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bio-awalan asing berkaitan dgn benda-benda hidup, berkaitan dgn kehidupan (terutamanya manusia), mis biologi dan biografi.Kamus Dewan Edisi Keempat
ovum(Bio) sel telur haiwan betina yg belum tersenyawa yg dihasilkan oleh ovari; pengovuman (Bio) penghasilan telur oleh ovari.Kamus Dewan Edisi Keempat
nabu1. Mn biji (buah-buahan spt durian dll) berserta isinya; 2. (Bio) isi buah, daging buah; bernabu (Bio) mempunyai isi yg banyak (bkn buah).Kamus Dewan Edisi Keempat
vektor(véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg me­mindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg mem­bawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah.Kamus Dewan Edisi Keempat
saraf II= urat ~ urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila, tidak siuman.Kamus Dewan Edisi Keempat
otot(berkas) tisu yg terdiri drpd berkas sel-sel memanjang yg boleh ditegangkan dan diken­durkan utk menghasilkan pergerakan pd organ atau bahagian; ~ jalur = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; ~ jan­tung (Bio) otot jalur yg terdapat pd jantung, yg di luar kawalan otak; ~ licin (Bio) otot di luar kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd sel berbentuk gelendong dan tanpa jalur melin­tang yg ketara, mis otot dinding usus; berotot mempunyai otot: tangan yg ~; mengotot keras (tegar) hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
debunga(Bio) benih bunga jantan yg akan ber­­s­enyawa dgn benih bunga betina, serbuk halus yg terdapat pd bunga; mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma): peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang utk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yg khas utk tujuan ini; terdebunga (telah) didebungakan (oleh): bunga-bunga yg ~ oleh serangga mem­pu­ny­ai ranggi yg berwarna-warni; pendebungaan (Bio) pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);Kamus Dewan Edisi Keempat
bakteria(baktéria) organisma seni yg hidup dlm tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit; ~ denitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg menukarkan nitrat kpd nitrit dan akhirnya kpd nitrogen dlm keadaan tanpa oksigen; ~ nitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg mengoksidakan garam ammonium kpd nitrit, dan nitrit kpd nitrat.Kamus Dewan Edisi Keempat
binatangmakhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran);Kamus Dewan Edisi Keempat
uvula(Bio) anak tekak.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas