biro | jabatan atau agensi (terutama yg mengendalikan urusan tertentu, spt pelancongan, iklan): ~ Guaman Negara; ~ Tatanegara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biro | jabatan atau agensi (terutama yg menyediakan perkhidmatan utk orang ramai): B~ Guaman Negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biro | pejabat (terutama yg mengendalikan urusan tertentu spt pelancongan, iklan dsb): ~ Guaman Negara. | Kamus Pelajar |
BPS | Id kep Biro Pusat Statistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
BPN | Id kep Biro Perancang Nasional. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
BSN | kep 1. Bank Simpanan Nasional; 2. Biro Siasatan Negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasionalistik | berkaitan dgn (berasaskan dsb) nasionalisme, (yg) menunjukkan nasionalisme, (yg) mengutamakan bangsa dan negara: ia menyenangi Shahnon Ahmad yg sekian lama telah memperlihatkan sikap ~nya; ertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah kepentingan yg lebih ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |