birokratik | berdasarkan (bersifat) birokrasi, secara birokrasi: amalan pengurusan yg dahulunya berbentuk autokratik dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrat | 1. pegawai yg bertindak secara birokrasi; 2. anggota birokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1 sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. 2 cara pemerintahan yg sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan. 3 cara pentadbiran yg banyak melibatkan peringkat dan peraturan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
birokrasi | 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1. sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. 2. cara pemerintahan yg sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan. 3. cara pentadbiran yg banyak melibatkan peringkat dan peraturan. | Kamus Pelajar |
birokrat | 1 orang yg menganggotai sesuatu birokrasi. 2 pegawai yg bertindak secara birokrasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
birokrat | 1. orang yg menganggotai sesuatu birokrasi. 2. pegawai yg bertindak secara birokrasi. | Kamus Pelajar |
kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokratik | bersifat birokrasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |