gerau II | ; biru ~ biru kehitam-hitaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biru I | warna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut; biru langit biru seperti warna langit; biru laut biru seperti warna laut; biru lebam biru gelap; biru merak warna biru kehijauan yang terang; biru muda biru keputih-putihan; biru nila warna biru tua keunguan; biru tua biru gelap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biru-biru | lipat-lipatan (pd tepi kain, tirai, dll);membiru-biru sl ark dilipat-lipat: kain, baju, destar dibiru-biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebam I | biru kehitam-hitaman (buah yg gugur, badan kena pukul, dll): Ahmad dipukul emaknya sampai ~-~ belakangnya; biru ~ biru kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll); hitam ~ hitam pekat; kelam ~ terlalu gelap; melebam menjadi atau kelihatan lebam: dagu yg kelihatan halus dan agak ~; kelebam-lebaman kelihatan spt lebam: kening matanya yg agak biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biru | warna spt warna langit ketika angkasa tidak dilindungi awan. membiru menjadi berwarna biru; tampak berwarna biru. membirukan mewarnai (lukisan dll) dgn warna biru. kebiruan keadaan biru. kebiru-biruan agak biru; seakan-akan biru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biru | warna spt warna langit ketika angkasa tidak dilindungi awan. membiru menjadi berwarna biru; tampak berwarna biru. membirukan mewarnai (lukisan dll) dgn warna biru. kebiruan keadaan biru. kebiru-biruan agak biru; seakan-akan biru. | Kamus Pelajar |
kebiruan | agak biru, sedikit biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebiru-biruan | agak biru, sedikit biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senam II | 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biru lebam | biru kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |