bit maklumat(information bit) | Bit dalam bingkisan penghantaran data yang mengandungi maklumat sebenar, tidak termasuk bit alamat atau bit untuk tujuan kawalan. | Kamus Komputer |
bit topeng sampukan(interrupt mask bit) | Bit dalam daftar taraf keadaan sesuatu mikropemproses. Jika bit ini bernilai logik 1, ia akan menghalang pemproses utama daripada menyahut sebarang permintaan layanan sampukan. Bit yang disetkan oleh sampukan boleh dibersihkan oleh sampukan yang berkeutamaan lebih tinggi atau suruhan khas yang boleh mengolah bit topeng ini. | Kamus Komputer |
bit pariti(parity bit) | Bit yang ditambah pada hujung data bersiri aksara untuk memegang taraf jumlah ganjil atau jumlah genap bit yang terdapat dalam data bagi tujuan pengawalan ralat penghantaran. | Kamus Komputer |
bit kotor(dirty bit) | Bit taraf yang terdapat dalam ruas atau halaman ingatan untuk menunjukkan sama ada ruas atau halaman tersebut telah digunakan atau diubahsuai oleh suatu proses. Bit taraf ini menjadi kotor atau terset apabila ruas atau halaman ingatan berkenaan menjadi kotor kerana penulisan data padanya. | Kamus Komputer |
mikropemproses N-bit(N-bit microprocessor) | Mikropemproses yang berkemampuan mengolah perkataan sebesar N bit pada sesuatu ketika. N biasanya bernilai 1, 4, 8, 16, 32, dan 64 bit. | Kamus Komputer |
bit zon(zone bit) | Bit khas yang digunakan untuk mewakili aksara angka abjad dalam sistem kod ASCII atau EBCDIC. | Kamus Komputer |
bit taraf(status bit) | Bit yang digunakan dalam pelbagai sistem untuk menyatakan keadaan sampukan. | Kamus Komputer |
bit limpahan(overflow bit) | Bit taraf atau bendera dalam daftar taraf pemproses yang akan bernilai logik 1 jika pengendalian terakhir yang dijalankan melebihi had saiz penumpuk atau daftar yang memegang kendalian. | Kamus Komputer |
bit bendera(flag bit) | Bit dalam daftar atau bingkisan yang digunakan untuk menyatakan taraf sesuatu keadaan. | Kamus Komputer |
pengolahan bit(bit manipulation) | Pemeriksaan dan mungkin juga penukaran satu bit atau sekumpulan kecil bit dalam satu perkataan. | Kamus Komputer |