[blok] | بلوک
Definisi : gabungan (negara, parti, dll) yg sama kepentingannya dan yg bertindak ke atas isu tertentu: kedua-dua negara yg berselisih itu bersabit dgn ~-~ dunia; perselisihan antara ~ Barat dan ~ komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[blok] | بلوک
Definisi : bongkah kayu, logam atau bahan lain yg mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan utk mencetak atau mengecap kulit buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[blok] | بلوک
Definisi : 1. bangunan besar yg di dalamnya terdapat beberapa unit rumah, pejabat, asrama, kedai dsb dibina secara bertingkat-tingkat atau berderetan: hampir semua penghuni di ~ 135 telah pun lena dibuai mimpi; 2. Id daerah perumahan (bahagian) kampung (kota dll); 3. Id gulungan kain, kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[blok] | بلوک
Definisi : 1 bongkah atau ketul kayu, batu dsb yg agak besar. 2 kepingan kayu atau logam berukir yg digunakan utk mencetak. 3 deretan beberapa buah rumah yg bersambung. 4 bahagian drpd sesuatu kawasan (kampung dsb) yg dipisahkan oleh jalan. 5 gulungan kain. 6 persatuan beberapa buah negara (parti politik dsb) supaya menjadi lebih kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)