bodek | (bodék)1. bk kemaluan laki-laki; 2. = sakit ~ burut: burut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang; 3. bp mengangkat, mengampu, mencari muka: dia kuat ~, sebab itu dapat naik pangkat;membodek menyanjung, memuji dsb seseorang dgn tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu: sesiapa yg pandai ~ ketua, barangkali dialah yg akan mendapat penghargaan;pembodek orang yg suka membodek, pengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bodek | ; membodek memuji(-muji) atau menyanjung(-nyanjung) seseorang dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu drpd orang yg dipuji atau disanjung; mengampu: Dia ingat, dgn ~ ketuanya, dia akan naik pangkat. pembodek orang yg suka membodek; pengampu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sakit bodek | burut: burut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burut | sj penyakit (isi perut turun dan biasanya kantung kemaluan menjadi besar), sakit pasang-pasang, sakit bodek, sakit ulur-ulur; tiada beban batu digalas, tiada ~ diampu-ampu prb tidak ada kerja (kesusahan) mencari kerja (kesusahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengampu | 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampukan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek bk mengangkat (supaya mendapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ampu I | ; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampu-kan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek bk mengangkat (supaya mendapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |