gelembung | 1. sesuatu yg berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dll); 2. = gelembungan bola-bola getah permainan budak-budak, belon; ~ paru Id gelembung dlm paru-paru; gelembung-gelembungan; main ~ permainan membuat gelembung-gelembung drpd air sabun dll;bergelembung, menggelembung menjadi kembung kerana berisi udara dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bola | benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan; ~ air Id sj permainan bola sambil berenang, polo air; ~ biliard sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; ~ golek sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; ~ jaring sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd tujuh orang pemain wanita setiap pasukan; ~ karan sj permainan bola golek yg memakai karan; ~ keranjang sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; ~ kiu bola yg ditonjol dgn kiu (dlm permainan snuker atau biliard); ~ lampu Id bal lampu; ~ sepak sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; ~ sodok (tojok) Id bola biliard; ~ tampar sj permainan antara dua pasukan dgn enam orang pemain setiap pasukan, yg menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang; ~ tampel Id permainan tenis; ~ tangan sj permainan bola dgn tangan; ~ tangkis sj permainan dgn memukul tangkai bulu tangkis, badminton; ~ tongkat Id sj permainan bola di padang yg dipukul dgn kayu, hoki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tojok | bola ~ sj permainan memukul bola-bola dgn kayu (di atas meja), biliard; menojok 1. menyodok; 2. meninju, menonjok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragbi | sj permainan bola yg para pemainnya (antara dua pasukan yg berlawan) boleh membawa bola dgn tangan; bola ~ bola bujur utk permainan ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bola tojok | sj permainan memukul bola-bola dgn kayu (di atas meja), biliard; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bola biliard | sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bola golek | Sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluru | bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang; ~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasaran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru berbentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembakkan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upahan; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guli | bola-bola kecil drpd kaca (batu dll) utk permainan kanak-kanak, gundu, jaka, kelerang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelembungan | bola-bola getah permainan budak-budak, belon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |