membuang | 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bola keranjang | sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelatih | 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bola keranjang | Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelatih | 1. orang yg melatih (mengajar, mendidik):~ bola keranjang. 2. orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan:jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. | Kamus Pelajar |
bola keranjang | sj permainan yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola ke dlm keranjang yg telah disediakan (pemain boleh membawa bola dgn melantunkannya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuang | 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuang | 1. menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2. mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3. menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4. menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; menyia-nyiakan:Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saya. 5. menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; menyia-nyiakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. | Kamus Pelajar |
futsal | sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
futsal | (Suk) sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |