bolak II | ; bolak-balik 1 ulang-alik pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula: Kapal itu ~ dr sini ke sana. 2 tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. berbolak-balik 1 kembali dan pergi semula; berulang-alik: Bas itu ~ mengangkut penumpang. 2 bercakap dgn tidak tetap atau berubah-ubah; berputar belit: Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu. membolak-balikkan 1 mengalih-alih sesuatu; membalik-balikkan: Dia hanya ~ halaman majalah itu dan tidak membacanya. 2 menjadikan berputar belit (ttg percakapan, perjanjian dsb): Berapa pun dicuba ~ perkara itu, akhirnya ketahuan juga muslihatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bolak-balik | 1. ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolak | 1. sl terbalik, salah, keliru: ~kah kata aku, tiada didengarnya? 2. = bolak-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolak-balik | 1 ulang-alik pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula: Kapal itu ~ dr sini ke sana. 2 tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putar balik | 1. berbelit-belit (perkataan dll), bolak-balik; 2. mantera utk memanggil pulang orang yg berpergian; memutarbalikkan 1. memutarbelitkan; 2. membalikkan, memusing balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dll): bagaimanapun diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yg mengenai bentuk lahir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olak-alik | olak-alik berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll); mengolak-alikkan 1. membolak-balikkan, memutar-balikkan; 2. mempermain-mainkan, mempersenda-sendakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putar | gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak-balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan. Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-katanya. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru | Kamus Pelajar |
arus | 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan drpd kedudukannya dlm ~ penceritaan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg membawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupanya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putar | gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ alam suka atau cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan: Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-kata. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutaran perbuatan memutarkan. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulang | balik pula, kembali dr permulaan, kembali semula; cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi; ~-aling a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing; ~ bicara pembicaraan yg diadakan sekali lagi (di mahkamah yg lain); ~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting); seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di TV dsb) yg diulang; ulang-ulang sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg telah dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan hari ulang tahun; berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu; ~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayang-kan (filem di TV dsb) buat kali kedua (ketiga dsb); mengulangi 1. = mengulang-ulang, mengulang-ulangi selalu benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanyaannya yg masih belum berjawab; 2. = mengulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, menziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kembali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi; ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~; siaran ~ Puspawarna; keberulangan keadaan berulang; perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; pengulangan perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; pengulang 1. orang yg mengulang (mengulangi); 2. Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |