perbendaharaan kata(vocabulary) | 1. Kumpulan kod dan suruhan dalam bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk menulis atur cara. 2. Himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut. | Kamus Komputer |
sistem terbenam(embedded system) | Sistem untuk tugas khas yang disorok dalam sistem hos. Sistem ini tidak boleh digunakan oleh pengguna biasa dan hanya boleh digunakan oleh pengguna yang mengetahui kod panggilan sistem. | Kamus Komputer |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |
wang tunai | wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandar(backup) | Sumber yang boleh digunakan untuk menggantikan sumber utama yang gagal atau terhapus. | Kamus Komputer |
terkhas | dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air sembahyang | a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sewa /séwa/ | 2 boleh digunakan dgn membayarkan wang: kereta ~; rumah ~. | Kamus Pelajar |
senapang repetir | senapang yg sekali diisi boleh digunakan utk menembak berulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci maling | Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); | Kamus Dewan Edisi Keempat |