lemas II | 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vinil | (Kim) bahan plastik yg boleh dilentur, berkilat, dan kuat (digunakan sbg bahan utk membuat perabot dll, dan ada juga yg digunakan utk membuat pakaian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liut | lembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi tidak patah, liat: kayu-kayu yg ~; keliutan perihal liut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah lentur | tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat I | 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esoknya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaku | 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuprum | (Kim) sj unsur logam kemerah-merahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memulas | 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulas I | berputar-putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dll); memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); pemulas alat utk memulas (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |