brek | /brék/ alat yg digunakan utk menghentikan jentera, kereta dsb. ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. membrek menekan atau menarik brek utk menghentikan kereta dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
brek | /brék/ alat yg digunakan utk menghentikan jentera, kereta dsb. membrek menekan atau menarik brek utk menghentikan kereta dsb. | Kamus Pelajar |
brek | alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek cakera | sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek piring | sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek tangan | a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendalir brek | bendalir yg digunakan dlm sistem brek hidraulik, iaitu brek yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rem | (rém) IB 1. brek: ~ sepeda; ~ angin brek yg menggunakan kekuatan tekanan udara; 2. ki sesuatu (faktor dll) yg menghambat (menghalang) kemajuan dll: Islam sejati mahu mengangkat darjat perempuan, tetapi kekolotan menjadi ~ besar bagi evolusinya; mengerem 1. mengenakan brek supaya berhenti; 2. bp menahan, mengekang (hawa nafsu, kemahuan, perasaan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek kaki | brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek angin | brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |