olah I | 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan mainan; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: melangkah indah, ringan, cepat ~ tak berpijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, memperolok-olokkan, mempersendakan; 2. memperdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg keterlaluan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baja I | bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabuk II | Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~ hijau pupuk hijau; merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belati | didatangkan dr negara asing; buatan negara asing: pisau ~ sj pisau buatan Eropah (keluaran luar negara); tali ~ sj tali buatan Eropah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belati | didatangkan dr negeri asing; buatan negeri asing: pisau ~ sj pisau buatan Eropah (keluaran luar negeri); tali ~ sj tali buatan Eropah. | Kamus Pelajar |
belati | sl datang dr negeri asing (dibuat di negeri asing); pisau ~ sj pisau (buatan Eropah); tali ~ tali buatan Eropah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satelit | 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. 2 = ~ buatan alat (spt sputnik) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buatan | 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buatan rumah(homebrew) | Berkenaan perkakasan atau perisian yang dibina sendiri, bukan dibeli. | Kamus Komputer |
buatan | 1. sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2. apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3. cara membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4. yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. | Kamus Pelajar |