Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bur] | بوبور

Definisi : sj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bur] | بوبور

Definisi : makanan drpd kacang hijau dll yg dibuat lembik serta berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubur

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
caca1 = bubur ~ bubur yg isinya dibuat drpd adunan tepung dan diwarnai dgn pelbagai warna. 2 masakan yg dibuat drpd sayur-sayuran dan berkuahkan cuka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
koyam; bubur ~ sj bubur yg dibuat drpd beras pulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
harisah; bubur ~ sj bubur drpd biji gandum yg dicampur dgn daging dll (biasanya dibuat pd 10 Muharam).Kamus Dewan Edisi Keempat
lambuk II, = bubur ~ sj bubur nasi yg dibubuhi rempah dan dicampur dgn daging dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bubursj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
bubur cacabubur yg isinya dibuat drpd adunan tepung dan diwarnai dgn pelbagai warna. 2 masakan yg dibuat drpd sayur-sayuran dan berkuahkan cuka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bubur kepurunbubur sagu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bubur sumsumbubur drpd tepung beras;Kamus Dewan Edisi Keempat
bubur ayambubur nasi yg mengandungi daging ayam;Kamus Dewan Edisi Keempat
bubur Asyurabubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas