Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak tebusan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
patik I1. hamba, saya (dipakai sewaktu ber­cakap kpd raja-raja): mana titah ke bawah duli ~ junjunglah; 2. sl hamba tebusan, budak belian; berpatik memakai (menyebut) patik: ia sebentar ~ dan sebentar bersaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba tebusanbudak belian;Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba I1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba.Kamus Dewan Edisi Keempat
(orang) tebusanorang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian;Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba tebusanorang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamba1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuat­an menghambakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamba1. orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2. saya (utk merendahkan diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba. 2. menjadi hamba: Mereka datang menyerahkan diri dan ~ kpd baginda. 3. menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan;~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuatan menghambakan.Kamus Pelajar
tebus Ibertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas