Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akal1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~?Kamus Dewan Edisi Keempat
santun1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerti1 = budi ~ cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. 2 perbuatan yg kurang baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pekerti1. = budi ~ perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal; 2. perbuatan (kurang baik): ia pun sangat marah mendengar ~ anaknya; berpekerti mempunyai pekerti: dia cuba membentuk sebuah masyarakat yg bersopan dan ~ mulia.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerti1 = budi ~ cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. 2 perbuatan yg kurang baik.Kamus Pelajar
adab1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
adabbudi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tabiat1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau.Kamus Dewan Edisi Keempat
santun1 halus budi pekerti; beradab: Orangnya lemah lembut serta dgn sopan ~nya. 2 rasa belas kasihan terhadap orang lain; suka menolong. penyantun orang yg halus budi bahasanya: Dia gadis yg peramah lagi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adabbudi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas