bujur | 1 bentuk sesuatu benda yg agak panjang: muka ~ ; segi empat ~. 2 panjang sesuatu bidang; lw lebar: Padang ini ~nya 100 meter dan lintangnya 80 meter. ~ sangkar a. segi empat tepat. b. persegi. ~ sirih bulat memanjang spt bentuk daun sirih. ~ telur bulat panjang atau lonjong spt bentuk telur. membujur terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. membujurkan meletakkan sesuatu membujur: Mereka kemudian ~ jenazah orang tua itu di atas sebuah katil. terbujur terletak membujur; terbaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lintang | lebar sesuatu kawasan; lw panjang atau bujur: Panjangnya 1 meter dan ~nya 20 sentimeter. ~ bujur garis dr sudut ke sudut. ~-pukang tidak menentu arahnya (semasa berlari dll); tunggang-langgang. melintang 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. melintangi 1 melintang di; merintangi; menghalangi. 2 memberi tentangan kpd sesuatu pendapat (fikiran dll); membantah. melintangkan meletakkan sesuatu melintang; meletakkan sesuatu mengikut lintangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rupa | 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujur I | 1. = ~ telur = bulat ~ mempunyai bentuk spt bentuk telur ayam, lonjong: mengapa raga ini ~?; muka ~; segi empat ~ (Mat) rajah segi empat yg mempunyai empat sudut tepat; 2. panjang (bidang, bongkah, dll): lipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata; ruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter; ~ sangkar Id a) empat persegi tepat; b) persegi; 10 meter ~ sangkar 10 meter persegi; ~ sirih bulat memanjang (spt daun sirih); ~ songsang bulat melebar, lwn bujur sirih; ~ telur = bulat ~ bulat panjang (spt telur), lonjong, penjong; ~ lalu, lintang patah prb mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;membujur 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari;membujurkan meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang: mereka ~ mayat itu ke arah kiblat;terbujur terletak (terbaring) membujur; ~ lalu, terlintang patah prb perintah yg tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujur | 1. bentuk sesuatu benda yg agak panjang: <i>muka ~ ; segi empat ~.i> 2. panjang sesuatu bidang; lw lebar: <i>Padang ini ~nya 100 meter dan lintangnya 80 meter.i> <i>~ sangkari> a. segi empat tepat. b. persegi. <i>~ sirihi> bulat memanjang spt: bentuk daun sirih. <i>~ teluri> bulat panjang atau lonjong spt bentuk telur. membujur terletak mengikut panjangnya; memanjang: <i>Banjaran gunung Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia.i> membujurkan meletakkan sesuatu membujur: <i>Mereka kemudian ~ jenazah orang tua itu di atas sebuah katil.i> terbujur terletak membujur; terbaring. | Kamus Pelajar |
nukleus | (nukléus) 1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok, sari; ~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintang | 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) melintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melintang atau melintangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domino | 1. bongkah leper, berbentuk segi empat bujur yg permukaannya ditandai dgn titik-titik dr 1 hingga 6 spt pd permukaan dadu; 2. sj permainan yg menggunakan 28 domino. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjelar | 1. menjalar; 2. rebah membujur (memanjang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemon | (lémon) 1. sj limau yg bentuknya bujur, berkulit tebal kuning, dan jusnya masam, Citrus limon; 2. sj minuman (dibuat drpd lemon). | Kamus Dewan Edisi Keempat |